OBJEKTIF

  • Melahirkan anggota Perbadanan yang berpengetahuan serta mempunyai budaya kerja terbaik melalui penerapan nilai-nilai Islam dan modal insan kelas pertama.
  • Merealisasikan misi Kerajaan Negeri ke arah “Kedah Sejahtera” dengan mengaplikasikan lima teras utama misi nasional.
  • Membantu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi dengan mempergiatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan melalui aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi.
  • Membantu memperkasakan sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian dengan menggalakkan penggunaan aplikasi bioteknologi sebagai suatu agen tambah nilai.
  • Mengutamakan imej korporat Perbadanan selaras dengan aspirasi “Kedah Sejahtera” serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
  • Menjadikan sektor ICT dan teknologi tinggi sebagai jentera utama pertumbuhan Perbadanan.
  • Menjadikan Perbadanan sebagai penjana dan peneraju di dalam sektor pertanian, hartanah, perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan..
  • Membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berkaliber secara berterusan yang dapat menembusi pasaran global.