Sejarah perladangan ladang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah bermula sejak hujung 70an dan awal 80an dengan pengusahaan tanaman kelapa sawit dan getah. Pembukaan Ladang Laka Temin di Bukit Kayu Hitam menjadi ladang pertama disusuli dengan Ladang Bukit Perak terdiri daripada tiga (3) bahagian Utara, Tengah dan Selatan di daerah Pendang. 

Pihak PKNK seterusnya mengembangkan lagi operasi perladangannya apabila membeli Ladang Sungai Ular di daerah Kulim dan juga Ladang Aman Jaya serta Pinang Tunggal di daerah Kuala Muda. Selain itu, pembukaan Ladang Bukit Nguan di daerah Padang Terap melengkapkan taburan lokasi ladang milik Perbadanan di serata negeri Kedah.

Ketika ini PKNK dibantu oleh anak syarikat milik PKNK iaitu Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) bagi menyelia operasi teknikal ladang di sebelas (11) buah ladang manakala PKNK mengawalselia sendiri akaun dan kewangan ladang-ladang miliknya.

Pada tahun 2022, PKNK menambah satu lagi aset dengan pembelian Ladang Merbau Pulas di daerah Kulim di mana Ladang Merbau Pulas diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Ladang PKNK. Secara keseluruhan keluasan ladang milik PKNK ketika ini hampir mencecah 10,000 hektar.

BilLadangKeluasan (Hektar)
1Ladang Merbau Pulas345
2Ladang Bukit Perak Utara2,236.35
3Ladang Bukit Perak Selatan2,194.96
4Ladang Sungai Pau45
5Ladang Aman Jaya713.24
6Ladang Pinang Tunggal189.51
7Ladang Sungai Ular1,790.41
8Ladang Laka Temin357
9Ladang Bukit Nguan1,569.80
10Ladang Jabi20.16
11Ladang Sungai Kap68.55
12Ladang Charok Genting Bunga271
JUMLAH9,800.98
BilLadangAlamat Pejabat Ladang
1Ladang Merbau PulasNo. 536A, Bt 6 Jalan Padang Serai, Merbau Pulas 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
2Ladang Bukit Perak UtaraPejabat Pos Sungai Tiang, 06750 Pendang, Kedah Darul Aman
3Ladang Bukit Perak SelatanPejabat Pos Sungai Tiang, 06750 Pendang, Kedah Darul Aman
4Ladang Sungai PauPejabat Pos Sungai Tiang, 06750 Pendang, Kedah Darul Aman
5Ladang Aman Jaya3029, Kampung Sungai, Ladang Sungai Division, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
6Ladang Pinang Tunggal3029, Kampung Sungai, Ladang Sungai Division, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
7Ladang Sungai UlarP.O Box 116, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
8Ladang Laka TeminD/A Pejabat Pos Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman
9Ladang Bukit NguanJalan Padang Sanai, Batu 28, Padang Cenderai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
10Ladang JabiJalan Padang Sanai, Batu 28, Padang Cenderai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
11Ladang Sungai KapJalan Padang Sanai, Batu 28, Padang Cenderai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
12Ladang Charok Genting BungaJalan Padang Sanai, Batu 28, Padang Cenderai, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman